Tarikan yang paling mempersonakan dan popular di Tanah Tinggi Cameron bukanlah strawberi atau pun ladang tehnya,tetapi suasama hutan mitos ala-ala filem The Meleficient atau pun The Lord Of The Ring yang terletak di pekan Brincang.
Hutan Mossy juga disebut sebagai Hutan Hujan Awan ketika kabut menetap di sini, memberikannya suasana yang nyata dan misteri. Seperti namanya, Mossy Forest adalah kawasan hutan yang subur kerana setiap akar-akar dan ranting kayu disaluti oleh lumut. Memandangkan kedudukannya yang tinggi pada 2032 meter di atas permukaan laut di Gunung Brinchang, suasana yang sejuk dan lembap menjadikannya persekitaran yang sempurna untuk tanaman eksotik seperti lumut, pakis, rempah, dan anggrek.Lebih mengejutkan lagi,anda akan melihat keunikan pokok periuk kera dengan mata anda sendiri sepanjang perjalanan anda di dalam hutan tersebut.Oleh disebabkan suhu yang rendah,anda akan mendapati bahawa anda akan kurang peluh apabila memulakan pendakian malah anda akan rasa lebih bertenaga kerana menghirup udara yang segar lagi menenangkan.
Tips ke Mossy Forest dan Gunung Irau.
Mossy Forest (500M) ▶️ mini Gunung Irau (2000M) dan diakhiri dengan puncak Gunung Irau(2110M)❤️
Untuk memasuki kawasan ini perlu melalui pekan Brinchang sedalam 6KM dengan menggunakkan van atau 4B4 (saranan). Perjalanan pertama ke MF (RM10) menusuri jalan yang berpagar mudah dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat (port selfie).Kemudian ke Gunung Irau (RM10).Perjalanan mengambil masa 4jam untuk sampai ke puncak sejauh 2.5KM dengan melalui 4 puncak gunung berbentuk vvvvvv.Anda akan menusuri 4 jenis gunung yang hampir sama ketinggiannya semasa pendakian bermula kerana gunung tersebut sangatlah dekat seperti "eh,bukan itu ke bukit yang kita naik tadi".
Apabila sampai di puncak gunung, anda akan mendapati bahawa tiada pemandangan kerana dilutupi kabus yang tebal tetapi itulah pengalaman yang amda tidak dapat melupakan kerana sesetalah bersusah payah mendaki akhir berjaya sampai ke puncak.
Perlu memakai pakaian yang sesuai kerana laluan yang berlecak, lumut, berakar dan licin.